Ahli Parlimen bebas tidak terikat dengan whip, kata Siti Kasim


Alfian Z.M. Tahir

Peguam-aktivis Siti Kasim berkata calon Gerakan Independent jika menang PRU15 tidak akan terikat dengan arahan parti atau pemimpin parti politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2022.

KEBEBASAN untuk mengundi akan menjadi kelebihan untuk pengundi jika mereka memilih seorang ahli Parlimen bebas, kata gerakan Gerak Independent (GI), yang menyasarkan untuk bertanding di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon GI tidak akan terikat dengan arahan parti atau mana-mana pemimpin parti politik dan bebas memutuskan bagaimana mereka sepatutnya mengundi di Parlimen, kata salah seorang pemimpinnya, peguam dan aktivis Siti Kasim.

Siti akan bertanding di Batu pada pilihan raya umum akan datang, menolak kenyataan pemerhati yang jika mereka terpilih, ahli Parlimen GI tidak akan ada sebuah parti, maka menyukarkan untuk melaksanakan perubahan.

Siti menyelar pengkiritik GI, berkata ahli Parlimen pembangkang tidak ada kuasa dan akhirnya terpaksa mengikut kehendak pempimpin mereka.

“Mereka ini mudah lupa. Ingat atau tidak bagaimana wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) membenarkan kerajaan pintu belakang untuk meluluskan belanjawan ketika mereka ada keupayaan untuk menghalangnya?

“Mereka hanya ikut arahan pemimpin mereka. Fungsi atau sistem parti politik di Malaysia tidak berkesan.

“Bila ketua kata undi, anda undi. Bila dia kata jangan, anda jangan. Bagaimana hendak kata ahli Parlimen berasaskan parti ada fungsi?

“Sebaliknya, jika kami terpilih, tidak ada siapa boleh arah kami. Kami ada kebebasan dan akan pastikan setiap keputusan dibuat demi rakyat,” kata Siti, merujuk kepada kepada kekeliruan yang berlaku dalam barisan pembangkang ketika meluluskan Belanjawan 2021.

Pada saat akhir, ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengarahkan ahli Parlimen PH jangan melakukan undi belah bahagian pada bacaan kedua (peringkat dasar).

Sebelum itu, PH bercadang untuk mengadakan undi belah bahagian – di mana undi dikira secara individu, berharap untuk mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

Undi belah bahagian memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli Parlimen berdiri dan mohon untuk proses undi belah bahagian, tetapi pada perbahasan Belanjawan 2021 hanya 13 ahli Parlimen pembangkang termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, berbuat demikian.

Maka, belanjawan itu diluluskan pada peringkat dasar, bukannya undi suara.

Perkara sama berlaku lagi pada 2021, ketika undi untuk Belanjawan 2022, walaupun ahli Parlimen pembangkang mendesak untuk undi belah bahagian untuk menyatakan bantahan mereka.

Strategi GI untuk mencabar pembangkang

Siti turut respons kepada kritikan lain terhadap GI, iaitu termasuk kekurangan mereka dalam infrastruktur dan sokongan akar umbi, ditambah lagi dengan keraguan tentang strategi.

Calon GI, termasuk Siti berhasrat untuk bertanding melawan ahli Parlimen PH, di mana akhirnya nanti ia akan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada gabungan pemerintah.

Siti berkata strategi GI ialah dengan menjauhi Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN).

“Ada yang gagal melihat apa yang kami nampak. Jika anda tahu akan kalah dalam perang, buat apa pergi berperang?

“Anda fikir kami akan dapat pengundi di kubu kuat BN atau PN untuk memahami apa yang kami cuba hendak lakukan?”

Beliau berkata keputusan untuk bertanding di kerusi dipegang PH tidak bermakna hendak menunjukkan ahli Parlimen penyandang tidak cekap, tetapi ia untuk melakukan perubahan, yang hanya boleh dilakukan di Parlimen.

“Kami strategik. Tempat yang kami bertanding, bahagian masyarakat ini faham dari mana kami datang. Mereka kenal siapa kami, aktivisme kami dan apa yang kami akan buat.”

Siti terkenal dengan kerja aktivis dan menjadi peguam yang sering mempertahankan Orang Asli dan konfrontasi perlembagaan dengan pihak berkuasa agama Islam.

Calon GI lain mempunyai latar belakang undang-undang, kewartawanan, aktivisme dan korporat.

Minggu lalu, GI mengumumkan enam calon dan kerusi yang akan mereka tandingi.

Selain Siti di Batu, calon lain ialah bekas wartawan dan peguam Charles C.J. Chow (Subang), aktivis dan bekas penjawat awam K.J. John (Petaling Jaya), penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam (Wangsa Maju) dan peguam berpangkalan di Sabah Roland Cheng (Kota Kinabalu).

Chow menarik diri daripada pencalonan itu dan GI semalam, dengan memberi alasan wujud percanggahan pendapat tentang bagaimana cara kumpulan itu mencapai objektifnya. – 22 februari, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen