37 kes kematian baharu Covid-19


Alfian Z.M. Tahir

37 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada Ahad - jumlah harian tertinggi untuk tahun 2022 setakat ini, menurut data GitHub Kementerian Kesihatan.

Sepuluh daripadanya adalah kes kematian luar hospital. 

Ia menjadikan jumlah kes kematian negara kepada 32,347.

Terdapat sedikit penurunan dalam jumlah kes baharu dengan 26,832 kes dilaporkan, berbanding hari sebelumnya.

Dalam kenyataan hariannya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada kes baharu itu, 1,438 dimasukkan ke hospital.

“485 daripada kes yang dimasukkan ke hospital adalah dalam kategori 3, 4 dan 5, manakala 953 kes jangkitan adalah kategori 1 dan 2,” katanya.

Pada Sabtu, Malaysia mencatatkan jumlah kes Covid-19 harian tertinggi sejak wabak itu bermula, dengan 28,825, dikaitkan dengan varian Onicron.

Kira-kira 3.2 juta orang telah dijangkiti Covid-19 sejak bermulanya wabak itu.

Noor Hisham berkata terdapat 15 kluster baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif kepada 500 di seluruh negara.

Data GitHub Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 7,180 jangkitan, diikuti oleh Sabah (5,007) dan Johor (2,644).

Kedah melaporkan 2,254 jangkitan, diikuti Pulau Pinang (1,811), Kelantan (1,605), Negeri Sembilan (609), Pahang (1,581), Kuala Lumpur (1,428), Melaka (713), Terengganu (608), Perak (358), Sarawak (309), Labuan (358), Perlis (113), dan Putrajaya (173). – 21 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen