Peguam Negara perlu pastikan negeri patuhi perintah Mahkamah Persekutuan, kata ahli Parlimen DAP


Alfian Z.M. Tahir

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama kanak-kanak kepada Islam mesti mendapat persetujuan kedua ibu bapa, dan negeri-negeri mesti mematuhi sewajarnya, kata DAP.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2022.

PEGUAM Negara Idrus Harun yang masih berdiam diri berhubung isu membabitkan ibu tunggal Loh Siew Hong dan pihak berkuasa agama Perlis perlu bertindak untuk memastikan undang-undang negeri mematuhi perintah Mahkamah Persekutuan, kata Charles Santiago.

Ahli Parlimen Klang itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M.Indira Gandhi yang mana mahkamah membatalkan penukaran agama unilateral tiga anak Indira.

“Inilah yang dimaksudkan dengan tarik tali: pihak berkuasa agama Perlis mempertahankan penukaran agama secara unilateral kerana ia dibenarkan dalam enakmen negeri dan ramai yang menyatakan perbuatan itu tidak berperlembagaan.”

“Sebagai tambahan, kami ada Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, yang bercakap dengan anak-anak Loh Siew Hong dan kini mendakwa mereka akan kekal beragama Islam.”

“Si Ibu, yang mengalami penderaan fizikal, di tangan suaminya ketika ketika itu menjadi lebih trauma emosi kerana ini telah direka untuk kelihatan seperti isu agama.”

“Sejurus selepas keputusan 2018, telah dijelaskan bahawa undang-undang negeri mesti diselaraskan untuk mencerminkan perintah Mahkamah Persekutuan. Tetapi mengapa ini tidak dijalankan,” soal Santiago dalam satu kenyataan hari ini.

Loh telah dipisahkan daripada anak-anaknya - kembar perempuan berusia 14 tahun dan lelaki berusia 10 tahun - sejak 2019 semasa berada di hospital akibat kecederaan yang mana beliau mendakwa didera oleh suaminya ketika itu M. Naghaswaran.

Selepas masa itu suaminya meminta mereka memeluk Islam, dan Loh tidak dapat menemui mereka, selain terhalang oleh sekatan pergerakan Covid-19.

Loh diberikan hak penjagaan penuh ke atas kanak-kanak itu Mac lalu, dan akhirnya dapat mengesan mereka awal bulan lalu di sebuah rumah kebajikan Perlis dan mengetahui mereka telah menukar agama.

Walaupun mendapat hak penjagaan daripada mahkamah, polis mahupun pihak berkuasa kebajikan tidak menyerahkan kanak-kanak itu kepadanya.

Loh mengadakan perbicaraan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, yang mana ketiga-tiga kanak-kanak itu juga perlu hadir di hadapan hakim.

Habeas corpus akan membenarkan Loh memaklumkan kepada mahkamah bahawa kanak-kanak itu telah ditahan daripadanya secara tidak sah, dan mahkamah boleh memerintahkan kanak-kanak itu diserahkan kepadanya.

Sementara itu, Santiago menggesa Asri supaya berhenti menyalahkan pihak lain dan melihat isu sebenar kerana mereka menuduh DAP mempermainkan perkara itu.

Beliau membidas Asri dengan menyatakan sebagai rakyat biasa, Asri sepatutnya tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan semua negeri terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Bolehkah seseorang memberitahu Mohd Asri untuk menghentikan perkara karutnya? Beliau menyalahkan DAP, mencerca peguam hak asasi manusia Siti Kasim dan menggelar kaum India sebagai “orang LTTE”, sambil mengabaikan isu sebenar.”

“Walaupun saya faham Mohd Asri mungkin kosong daripada perdebatan intelektual, malah beliau harus tahu dengan membangkitkan sentimen perkauman dan mengadukan satu komuniti dengan yang lain adalah berbahaya di Malaysia yang berbilang kaum,” katanya. – 21 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen