JERMAN akan mula menarik semula kebanyakan sekatan koronavirusnya selepas kadar jangkitan Covid-19 di negara berkenaan menurun setelah gelombang Omicron melepasi kemuncaknya, kata Canselor Olaf Scholz semalam selepas perbincangan dengan pemimpin serantau.
Pelan tiga langkah itu termasuk membenarkan individu yang tidak divaksin memasuki kedai dan restoran yang akan menyaksikan Jerman akan mencapai “hari kebebasan” pada 20 Mac.
Scholz menggesa rakyat Jerman untuk terus berhati-hati dan berkata mereka perlu terus memakai topeng muka.
“Pandemik belum berakhir,” katanya.
Jerman adalah negara Eropah terbaharu yang cuba kembali kepada keadaan normal selepas dua tahun wabak melanda yang menjejaskan kehidupan dan rutin harian orang ramai.
Sebagai langkah pertama Jerman akan segera menurunkan had 10 orang ke atas perhimpunan persendirian untuk mereka yang sudah divaksin atau pulih daripada Covid-19.
Bagi mereka yang tidak divaksin bagaimanapun hanya boleh berkumpul seramai dua orang di luar rumah.
Akses kepada kedai yang tidak penting akan dibuka kepada semua sekali lagi tanpa pemeriksaan sama ada pelanggan sudah divaksin atau tidak. Topeng muka masih diperlukan dengan topeng FFP2 perlindungan tinggi disarankan.
Mulai 4 Mac restoran dan hotel akan dibenarkan untuk mengalu-alukan mereka yang tidak divaksin semula selagi mereka boleh membuktikan ujian negatif.
Kelab malam akan dibuka semula tetapi bukan untuk mereka yang tidak divaksin.
Bilangan mereka yang dibenarkan menghadiri acara besar termasuk pertandingan sukan.
Dalam langkah terakhir sekatan lebih ketat terhadap kehidupan sosial, budaya dan ekonomi akan ditarik semula secara beransur-ansur pada 20 Mac. Ini termasuk mengabaikan keperluan untuk pekerja bekerja dari rumah.
Selepas tarikh itu ekonomi tertinggi Eropah akan bergantung pada “langkah perlindungan asas”.
Scholz dan pemimpin serantau bersetuju khususnya pemakaian topeng perubatan di tempat awam tertutup dan pengangkutan awam. – Bernama, 17 Februari, 2022.
Komen