MAJLIS Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sudah memulakan penyiasatan ke atas operasi Zakat Pulau Pinang selepas agensi itu dilanda skandal rasuah melibatkan pengurusan tertinggi.
Exco Agama Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim berkata jawatankuasa kewangan MAINPP mengadakan mesyuarat pertama semalam dan akan menjalankan kerja serta merta.
“Jawatankuasa melaporkan terus kepada MAINPP, organisasi induk yang memiliki sepenuhnya ZPP” katanya dalam sidang media hari di bangunan dewan undangan negeri.
Jawatankuasa kewangan MAINPP dipengerusikan pegawai kewangan negeri dan melibatkan jawatankuasa audit ZPP, jabatan audit dalaman negeri, perbendaharaan negeri dan pegawai MAIPP.
Awal bulan ini, tujuh pegawai ZPP, termasuk ketua pegawai eksekutifnya (CEO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
SPRM juga menahan lapan kontraktor untuk membantu siasatan. Kesemua mereka yang ditahan dan direman sudah dibebaskan.
Pengarah SPRM Pulau Pinang Abdul Aziz Aban dilaporkan berkata siasatan awal mendapati individu itu menyalahgunakan dana bernilai jutaan ringgit untuk menganjurkan program sebelum membahagikan keuntungan.
Dia juga berkata yang SPRM percaya CEO terbabit menerima barangan berharga, wang, cek dari kontraktor dan pembekal sebagai habuan memberikan projek tertentu kepada mereka.
Malik berkata pegawai ZPP, yang sedang disiasat, sudah dipindahkan ke MAIPP sementara menunggu siasatan selesai.
“Mereka tidak digantung. Kami tidak boleh menggantung kereka kerana siasatan masih berlaku. Mereka sudah dipindahkan ke jabatan lain yang tiada kena mengena dengan ZPP,” katanya.
Malik juga berkata yang Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang merangkap Setiausaha MAINPP Sazali Hussain sudah dilantik menjadi pemangku CEO ZPP.
Pemangku CEO, katanya, mempunyai kuasa untuk melantik pegawai MAINPP untuk mengambil alih tugas pegawai ZPP yang terlibat dalam siasatan SPRM.
Malik juga menambah yang tiada wang zakat yang disalahguna.
Katanya ini ialah kes salah laku individu.
“Laporan jabatan audit tidak pernah menemui salah guna dana dalam proses audit tahunan,” katanya. – 24 Mei, 2017.
Komen
Selepas beberapa tangkapan network rasuah itu... Kenyataan awal dr exco Agama...tiada berlaku kehilangan wang ..
Satu alasan yg cukup mengecewakan... Seolah olah..modus operandi mrk yg dicekup sprm itu ..hanya membuat segala projek tanpa duit..
Adakah mrk mrk yg menjalankan kerja kerja construction itu.. tudak mendapat satu sen pun dr zakat pulau pinang...
Sudah pasti lh duit mengalir dr lrmbaga zakat dgn cara yg salah kpd semua yg terlibat dicekup itu...sistematik tersusun ..rancangan yg mrk lakukan...cycle nya cukup eficien..satu pusingan lengkap..sehingga final ..sehingga wang keluar secara sah ..legit dr segi proses nya... Tersusun...ada penganugerahan ...bukan main rompak .
Berbalik kpd terkini...mahu internal audit serta merta..
Adakah exco Agama ini percaya komuniti auditor akan menerima ckp nya bulat bulat...yg internal audit ini akan me geluarkan suati finding yg solid?
Ini pada hemat saya..satu cubaan menutup kesalahan..kegagalan pemantauan proces penganugerahan tender ...
Di atas kertas...semua nya legit hingga proses akhir meluluskan projek dan kuar lh duit .
Adakah kita boleh percaya...intenal audit ini akan berjaya dlm intention nya ?
Proses audit..semakan documen..
Mana documen asal? Hard copy segala yg berkaitan kes kes yg di tuduh di makamah?
Sudah pasti lh segala bukti..documen bertulis..minit mesyuarat..keputusan Khir...senua nya ditgn sprm dan A.g...
Selagi kes kes ini tidak selesai...adakah pihak mahkamH...pihak sprm akan memulangkan documen asli??
Sudah pasti tidak..
Akan tergantung lh proces audit document...dan kputusan internal audit itu diyakini tergantung..tnpa tindakan me.yeluruh..
Apa yg boleh dibuat oleh internal audit...mrk hnya boleh. Mencadang...di waktu hadapan..proses penanugerahan kerja kerja ...di pantau rapi.
Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Matt Jessy · Ulasan