KKM lapor 31 kematian baharu Covid-19


MALAYSIA merekodkan 31 kematian Covid-19, termasuk 10 kes kematian di luar hospital semalam, menurut pangkalan data GitHub Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini adalah peningkatan sebanyak 7 kes berbanding jumlah kematian hari sebelumnya sebanyak 24.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak kepada 32,180.

Sabah melaporkan jumlah kematian tertinggi iaitu lapan, diikuti Selangor (tujuh), Johor (enam), Pulau Pinang (lima), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu (masing-masing satu).

Sementara itu, terdapat juga peningkatan mendadak dalam kes aktif kepada 182,965 setakat tengah malam, berbanding 168,447 pada hari sebelumnya.

Sejumlah 2,034 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, menjadikan kadar penggunaan katil bagi kes Covid-19 kepada 64.2%.

Penggunaan vantilator oleh pesakit Covid-19 adalah 35.2% manakala penghunian unit rawatan rapi adalah 56.6%, dengan 23.4% daripada katil melibatkan kes koronavirus.

Johor mencatatkan jumlah kemasukan hospital tertinggi, iaitu 414, diikuti Selangor (396) dan Sabah (308).

Penggunaan katil hospital di Johor, termasuk kes bukan Covid-19, adalah 83.9%.

Sementara itu, 5,185 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Lembah Klang – Selangor (3,862), Kuala Lumpur (1,215) dan Putrajaya (108).

Sabah melaporkan 4,374 kes, diikuti Johor, yang dijadualkan keluar mengundi pada 12 Mac, dengan 2,780 jangkitan.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Kedah (2,649), Pulau Pinang (1,681), Kelantan (1,598), Pahang (836), Negeri Sembilan (684), Perak (558), Melaka (546), Terengganu (453), Labuan (311), Sarawak (284) dan Perlis (194). – 16 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen