Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 22,133


Kadar jangkitan semasa Covid-19 di Malaysia adalah pada 1.38, turun daripada 1.43 semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2022.

MALAYSIA merekodkan 22,133 kes Covid-19 setakat tengah hari ini, meningkat daripada 21,315 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata majoriti kes adalah dalam kategori tidak teruk dengan Kategori 1 sebanyak 5,831 kes dan Kategori 2 sebanyak 16,156 kes.

Manakala 146 orang berada dalam kategori lebih teruk seperti Kategori 3 (102), Kategori 4 (24) dan Kategori 5 (20).

Jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan Covid-19 kini 3.08 juta.

Kadar jangkitan semasa Malaysia adalah pada 1.38, turun daripada 1.43 semalam.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di portal CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam.

Semalam, sebanyak 149,888 dos vaksin telah diberikan melibatkan 35,441 dos pertama, 1,489 dos kedua dan 109,661 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberi di bawah program imunisasi kepada lebih 65 juta.

Sebanyak 22.9 juta individu atau 97.5% daripada populasi telah melengkapkan vaksinasi, manakala 98.7% atau 23.2 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 15 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen