Guan Eng kesal PM pertahan Hishammuddin langgar SOP Covid-19


Lim Guang Eng kesal dengan tindakan perdana menteri mempertahankan kegagalan beberapa pemimpin kerajaan mempatuhi SOP Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2022.

KERAJAAN patut membenarkan sahaja pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa sepenuhnya susulan tiada kepatuhan dan akauntabiliti awam pemimpinnya terhadap protokol Covid-19, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Ini susulan tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein terhadap desakan peletakan jawatan selepas beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada acara politik di Johor bersama Menteri Besar Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran.

Lim, ahli Parlimen Bagan, juga berkata kerajaan tidak mengadakan sebarang mesyuarat Covid-19 sejak 100 hari lalu. Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19.

Beliau berkata menteri dibenarkan melanggar SOP dan didenda RM1,000 sahaja akan menggalakkan penganjur merancang perhimpunan serupa.

“Bagi memastikan keadilan, acara awam dan ceramah seperti itu harus dibenarkan dan dibuka kepada semua, sama ada dalam arena politik atau perniagaan,” kata Lim dalam satu kenyataan.

“Rakyat yang patuh undang-undang dan orang awam, yang terkesan dengan SOP Covid-19, marah dengan rasional Ismail Sabri yang tidak masuk akal bahawa Hishammuddin tidak perlu letak jawatan selepas didenda kerana melanggar protokol Covid-19 kerana ini bukan satu jenayah.”

Lim seterusnya menegur perdana menteri dan berkata dengan tampil membela Hishammuddin, Ismail Sabri lupa bahawa ini adalah soal tanggungjawab peribadi dan akauntabiliti awam bagi seorang menteri yang diamanahkan untuk mengurus dan mengumumkan SOP Covid-19. – 15 Februari, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen