Kes aktif Covid-19 menunjukkan trend menaik


Seramai 1,829 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, menjadikan kadar pesakit Covid-19 di hospital kepada 58.6%, dengan kadar penuh ialah 66.1%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2022.

JUMLAH kes aktif Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 168,447, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Semalam, 21,315 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 8,517 kes pulih, dengan 24 kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu, 21,228 kes kategori 1 dan 2.

Bagi kes aktif, 155,866 dikenakan kuarantin kendiri, 5,963 di pusat kuarantin dan 6,419 di hospital.

Sementara itu, 1,829 pesakit dimasukkan ke hospital semalam, menjadikan kadar pesakit Covid-19 di hospital kepada 58.6%, dengan kadar penuh ialah 66.1%.

Seramai 368 pesakit dimasukkan di hospital di Johor, diikuti 335 di Sabah dan 317 di Selangor.

Sebanyak 5,089 kes baharu dilaporkan di Lembah Klang, dengan Selangor (3,955), Kuala Lumpur (1,010) dan Putrajaya (124).

Sabah melaporkan 4,035 kes, diikuti Johor yang akan mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Mac, dengan 2,800 kes.

Negeri lain melaporkan kes baharu ialah Kedah (2,733), Pulau Pinang (1,656), Kelantan (1,330), Pahang (938), Negeri Sembilan (707), Melaka (666), Perak (461, Terengganu (376), Sarawak (206), Labuan (189) dan Perlis (129).

Daripada 24 kes kematian, 11 kematian di luar hospital, menjadikan jumlah kes setakat ini 32,149. – 15 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen