KKM lapor 24 kematian akibat Covid-19 semalam


Alfian Z.M. Tahir

SEBANYAK 24 kematian direkodkan semalam dengan sembilan diklasifikasikan kematian di luar hospital, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka kematian kini berjumlah 32,099 orang.

Menurut pangkalan data GitHub KKM, Kedah mencatatkan lima kematian, Sabah dan Johor masing-masing mencatatkan empat kematian, Perak dan Pahang menyaksikan tiga kematian, Negeri Sembilan (2) manakala Selangor, Terengganu dan Perlis masing-masing satu.

Tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, Lembah Klang merekodkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi selama tiga hari berturut-turut sebanyak 5,582 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu kepada 20,939.

Data Github menunjukkan Selangor mendahului carta dengan 4,291 kes baharu; Kuala Lumpur 1,095, dan Putrajaya 190.

Sabah melaporkan jumlah kes tertinggi seterusnya iaitu 3,361, diikuti Johor dengan 2,860.

Negeri lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Kedah (1,623), Kelantan (1,589), Melaka (988), Negeri Sembilan (1,235), Pahang (1,008), Perak (443), Perlis (127), Pulau Pinang (1,490), Sarawak ( 214), Terengganu (293) dan Labuan (132).

Kes aktif berjumlah 122,991, dengan 111,323 (90.5%) menjalani kuarantin di rumah, 6,001 (4.9%) di pusat kuarantin dan 5,512 (4.5%) di hospital.

Seramai 155 orang dirawat di unit rawatan rapi dan 80 daripadanya memerlukan sokongan ventilator.

Di seluruh negara, kadar penggunaan hospital berada pada 65.9% dengan pesakit koronavirus menyumbang 51.8%.

Jumlah kemasukan baharu ke hospital berjumlah 1,855 semalam, menurut CovidNow.

Di Lembah Klang, Selangor mencatatkan 330 pesakit baharu hospital, Kuala Lumpur 76, dan Putrajaya 24.

Johor melaporkan 334 kemasukan ke hospital, Kedah (67), Kelantan (103), Melaka (48), Negeri Sembilan (241), Pahang (53), Perak (115), Perlis (15), Penang (71), Sabah ( 265), Sarawak (90), Terengganu (19) dan Labuan (4). – 12 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen