BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Saya didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.
“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia, saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya dalam satu hebahan melalui media sosial.
Beliau yang juga presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut meminta sesiapa yang mungkin menjadi kontak rapatnya supaya mematuhi ketetapan Kementerian Kesihatan.
“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” tambahnya.
Semalam, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang turut dihadiri beberapa menteri. – 9 Februari, 2022.
Komen