Tiada lagi arahan pakai pelitup muka di California selepas 15 Februari


Gabenor California Gavin Newsom berkata arahan pemakaian pelitup muka di negerinya akan tamat pada 15 Februari berikutan penurunan kes Covid-19. – Gambar EPA, 8 Februari, 2022.

ARAHAN pemakaian pelitup muka di California, Amerika Syarikat akan tamat pada 15 Februari berikutan penurunan kadar kes Covid-19, lapor Sputnik.

“Kadar kes California menurun sebanyak 65 peratus sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil. Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15/2,” kata Gabenor Gavin Newsom pada Isnin menerusi ciapan di Twitter.

Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap Covid-19.

California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes Covid-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron. – Bernama, 8 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen