Bersatu akan terus sokong kerajaan, kata Muhyiddin


Elill Easwaran

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti tidak akan membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya di tengah-tengah pandemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Februari, 2022.

BERSATU tidak akan menarik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan walaupun hubungan parti itu dengan Umno semakin buruk, kata Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu berkata parti itu tidak akan membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya di tengah-tengah wabak.

“Kami tidak mahu pilihan raya diadakan ketika varian Omicron menular dengan cepat ke seluruh negara,” katanya dalam sidang media hari ini di ibu negara. – 7 Februari, 2022.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen