KEMASUKAN hospital akibat Covid-19 terus meningkat apabila lebih seribu kemasukan direkodkan untuk tiga hari berturut-turut selepas 1,150 kemasukan direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan.
Laman web CovidNow kementerian menunjukkan kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara meningkat kepada 64.5% daripada 63.4% sehari sebelumnya, dengan pesakit Covid merekodkan 40.2% penggunaan.
Sementara itu, penggunaan ventilator meningkat daripada 32.7% kepada 33.%. Penghunian unit rawatan rapi (ICU) juga menyaksikan trend menaik, meningkat daripada 52% kepada 52.6% dengan pesakit Covid menyumbang 16.2% daripada penggunaannya.
Pada masa ini, Kedah merekodkan kadar penggunaan tertinggi iaitu 78.3%.
Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di ICU dan ventilator.
Selangor merekodkan kemasukan tertinggi iaitu 282, diikuti Johor (221) dan Sabah (192).
Kemasukan di Selangor menambahkan jumlah kemasukan hospital di Lembah Klang kepada 355, yang mana Kuala Lumpur menyumbang kepada 45 kemasukan dan Putrajaya dengan 28.
Negeri lain yang turut merekodkan kemasukan adalah Kedah (32), Kelantan (73), Melaka (22), Negeri Sembilan (72), Pahang (41), Perak (40), Perlis (13), Pulau Pinang (25), Sarawak (46), Terengganu (16) dan Labuan (2).

Sementara itu, daripada 10,089 kes jangkitan baharu yang dilaporkan, Lembah Klang menyumbang 3,101.
Selangor melaporkan 2,549 kes, Kuala Lumpur (491) dan Putrajaya (61).
Negeri dan wilayah lain yang turut merekodkan kes baharu ialah Johor (1,582), Kedah (904), Kelantan (471), Melaka (457), Negeri Sembilan (464), Pahang (624), Perak (321), Perlis (44), Pulau Pinang (542), Sabah (1,285), Sarawak (58), Terengganu (213) dan Labuan (23).
Malaysia turut merekodkan sembilan kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian di negara ini sejak wabak itu bermula kepada 32,034.
Antara sembilan kematian akibat Covid-19, dua disahkan kematian luar hospital. Semua kematian adalah kes tertunggak.
Empat daripada kematian dilaporkan di Johor, diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, dan Terengganu, masing-masing satu kematian.
Tiada kematian direkodkan di negeri lain dan wilayah persekutuan.
Setakat tengah malam tadi, terdapat 69,572 kes aktif Covid-19 di negara ini. – 7 Februari, 2022.
Komen