Kes aktif Covid-19 meningkat kepada 65,952, lapor KKM


Aminah Farid

Kadar penggunaan hospital di seluruh negara meningkat kepada 63.4% daripada 61.8% sehari sebelumnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2022.

KES aktif Covid-19 meningkat sehingga 65,952 setakat tengah malam semalam, tiga hari selepas melepasi 60,000 kes, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat 9,117 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 6,546 kes pulih, kata KKM.

Bilangan kes aktif meningkat sejak dua minggu lalu apabila jangkitan baharu melebihi jumlah kes pulih.

Daripada 9,117 kes baharu seramai 1,258 pesakit dimasukkan ke hospital.

Kadar penggunaan hospital di seluruh negara meningkat kepada 63.4% daripada 61.8% sehari sebelumnya.

Penggunaan alat ventilator meningkat daripada 33.1% kepada 32.7%.

Penghunian unit rawatan rapi (ICU) juga menyaksikan peningkatan dari 51% hingga 52% dengan pesakit Covid-19 menyumbang 14.5% daripada penggunaannya.

Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Penggunaan hospital termasuk penghunian katil serta bilangan pesakit di ICU dan ventilator.

Selangor mencatatkan bilangan kemasukan terbanyak oleh mana-mana negeri atau wilayah iaitu 315 diikuti Johor (245) dan Sabah (177).

Kemasukan di Selangor meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital di Lembah Klang kepada 399 di mana Kuala Lumpur menyumbang kepada 40 kemasukan dan Putrajaya dengan 44 kes.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan ke hospital ialah Kedah (41), Kelantan (51), Melaka (17), Negeri Sembilan (90), Pahang (43), Perak (64), Perlis (15), Pulau Pinang (33), Sarawak (64), Terengganu (18) dan Labuan (1).

Sementara itu daripada 5,736 jangkitan baharu dilaporkan dengan Lembah Klang menyumbang 3,189 kes.

Selangor melaporkan 2,490 kes, Kuala Lumpur (584) dan Putrajaya (115).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (901), Kedah (847), Kelantan (673), Melaka (395), Negeri Sembilan (416), Pahang (470), Perak (231), Perlis (88), Pulau Pinang (522), Sabah (1,205), Sarawak (42), Terengganu (123) dan Labuan (15).

Malaysia juga mencatatkan 14 kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah kematian di negara ini sejak wabak bermula kepada 32,025 kes.

Antara 14 kematian akibat Covid-19, sembilan disahkan meninggal dunia di luar hospital. Semua kematian adalah kes tertunggak.

Kematian lain turut dilaporkan di Selangor (5), Sabah (4), Kuala Lumpur (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Perak (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Kadar kematian virus tempatan adalah pada 0.2% manakala purata dua minggu untuk kematian akibat jangkitan ialah 36 bagi setiap 10 juta orang. – 6 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen