52.3% populasi dewasa terima dos penggalak Covid-19 setakat semalam


Seramai 12,248,506 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Februari, 2022.

SERAMAI 12,248,506 individu dewasa atau 52.3% daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Secara keseluruhan, berdasarkan data di portal Covidnow, sejumlah 22,928,468 individu atau 97.9% daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1% atau 23,207,237 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,790,792 atau 88.7% melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,868,578 individu atau 91.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 90,406 dos diberikan semalam dengan 2,661 dos pertama; 1,716  (dos kedua) manakala 86,029 (dos penggalak), menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 63,838,774 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 11 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Johor, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Sabah serta Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu, masing-masing mencatatkan satu kes. – Bernama, 5 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen