14 negeri, wilayah lapor kadar kebolehjangkitan 1.0 atau lebih


Ravin Palanisamy

Memandangkan Labuan dan Sarawak melaporkan kes jangkitan baharu yang sedikit sejak beberapa hari lalu, Rt adalah pada 0.00. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Februari, 2022.

EMPAT belas daripada 16 negeri dan wilayah di negara ini merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) lebih atau pada 1.0 setakat semalam, kata ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Rt kebangsaan adalah 1.15.

Bagaimanapun, lima negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat kadar Rt yang lebih tinggi daripada kiraan purata negara.

Perlis melaporkan kadar Rt tertinggi pada 1.29 diikuti Putrajaya (1.21), Johor (1.17), Pulau Pinang (1.16), Kedah (1.16) dan Sabah (1.16).

Di Negri Sembilan, Rt adalah 1.13, Selangor (1.12), Melaka (1.12), Kuala Lumpur (1.11), Kelantan (1.10), Perak (1.07), Pahang (1.04) dan Terengganu (1.00).

Memandangkan Labuan dan Sarawak melaporkan kes jangkitan baharu yang sedikit sejak beberapa hari lalu, Rt adalah pada 0.00.

Nilai Rt melebihi 1.0 minggu lalu dan kes baharu terus meningkat.

Malaysia hari ini melaporkan kes tertinggi harian baharu tahun ini dengan 5,736 jangkitan setakat tengah hari.

Dalam tempoh tujuh hari, termasuk hari ini, Malaysia melaporkan lebih daripada 5,000 kes setiap hari sebanyak lima kali. – 2 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen