5,736 kes harian Covid-19, paras tertinggi baharu tahun ini


Ravin Palanisamy

Negara terus melaporkan lebih 5,000 kes harian dalam tempoh dua hari berturut-turut. Setakat ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar jangkitan di seluruh negara adalah 1.15. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Februari, 2022.

MALAYSIA melepasi kes harian Covid-19 tertinggi bagi tahun ini dengan 5,736 jangkitan baharu setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, negara mencatatkan 5,566 kes, paras tertinggi yang dicatatkan untuk tahun itu.

Negara kini telah melaporkan lebih 5,000 kes harian dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di portal CovidNow kementerian selepas tengah malam ini.

Noor Hisham berkata, kadar jangkitan di seluruh negara adalah 1.15.

Sementara itu, seramai 22,925,383 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 99.1% atau 23,202,227 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, seramai 2,788,724 individu atau 88.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,902 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 2 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen