Pengundi di Sabah dipindahkan secara 'sistematik', dakwa PKR 


Jason Santos

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew mendakwa terdapat jumlah peningkatan mendadak pengundi di Parlimen Api-Api sejak pilihan raya umum ke 13 lagi.– Gambar The Malaysian Insight, 6 Februari, 2018. 

PENGUNDI di Sabah dipindahkan secara besar-besaran, dakwa pengerusi PKR Sabah Christina Liew, dan menyatakan beliau menemui peningkatan “sistematik” 7,456 pengundi di Parlimen Api-Api sejak pilihan raya umum ke 13.

Katanya, beliau bimbang mereka yang mempunyai kuasa turut melakukan perkara sama di 59 kawasan lain di Sabah.

“Mereka dipindahkan tanpa pengetahuan saya. Ketika pemeriksaan, mereka hanya datang daripada satu kumpulan kaum. Sebelum ini, mereka dari Sepanggar, Papar dan Pulau Gaya dan kini mereka dari merata kawasan di daerah Pantai Barat Sabah. 

“Saya juga dapati lebih daripada seribu orang pengundi Cina dipindahkan keluar daripada kawasan, peratusan kaum pengundi ditukar dari kerusi Cina kepada campuran, dengan 52% majoriti Cina berbanding kaum lain,” katanya hari ini. 

Pada asalnya, terdapat 10,500 pengundi di Api-Api pada 2012, tetapi Liew berkata jumlahnya meningkat kepada 14,475 pada 2013 dan 17,956 berdasarkan Roll Tambahan pada suku keempat yang dipamerkan untuk 14 hari sehingga Rabu lalu. 

Katanya, masalah itu adalah “sangat, sangat serius”, sehingga nama-nama 20 individu bukan Cina juga didaftarkan sebagai penghuni alamat firma guamannya di Kota Kinabalu.

PKR Sabah membantah 3,975 nama pada pilihan raya umum ke-13 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, dan kini merancang untuk menambah 3,481 nama ke dalam aduan baru.

Liew berkata beliau diminta untuk menyemak daftar terbaru selepas Parti Warisan Sabah mendakwa terdapat kira-kira 5,000 pengundi dipindahkan ke pusat pengundian lain di negeri itu.

“Pada hakikatnya, bilangannya lebih daripada 5,000 yang dinyatakan Warisan. Saya dapat melihat ini adalah gerakan sistematik yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa dan untuk tujuan memenangi pilihan raya. Tambahan 7,000 pengundi adalah deposit tetap untuk memastikan Barisan Nasional dapat menang dalam pilihan raya,” katanya.

Liew memenangi kerusi Api-Api untk PKR pada pilihan raya umum ke 13 selepas menewaskan calon daripada Parti Bersatu Sabah Yee Moh Chai dalam pertandingan lima penjuru pada 2013, dengan majoriti 795 undi. 

Ketika dihubungi berhubung dakwaan PKR Sabah dan Warisan, pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah Rohiman Rahia bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas. – 6 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • jika benar dakwaan seperti yg dikatakan, bawa ke muka pengadilan bersama bukti yg kukuh, bukan hanya cakap kosong yg boleh mengelirukan rakyat semata2

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan