MALAYSIA mencatatkan 4,774 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini merupakan hari ketiga negara menyaksikan pengurangan jangkitan harian dan kes hari kedua berturut-turut kekal di bawah 5,000 kes.
Malaysia melaporkan lebih 5,000 kes harian dari 27 hingga 29 Januari. Jumlah kes harian tertinggi pada tahun ini adalah sebanyak 5,522 kes yang dicatatkan pada 28 Januari.
Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan jangkitan kumulatif sejak permulaan wabak itu kepada 2.87 juta.
Pecahan kes akan dikemas kini di laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam. – Bernama, 31 Januari, 2022.

Komen