KKM lapor 5 kematian akibat Covid-19 semalam


Chan Kok Leong

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan purata kira-kira 16 kematian Covid-19 sehari selama sebulan lalu, berbanding purata tujuh hari sebanyak 11. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Januari, 2022.

MALAYSIA melaporkan jumlah kematian Covid-19 terendah dalam tempoh sembilan bulan semalam iaitu lima, termasuk kes yang dikategorikan sebagai kematian di luar hospital.

Jumlah kematian akibat Covid-19 masih mencecah 32,000 dan kini berjumlah 31,957.

Kematian turut dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor. Kematian melebihi purata tujuh hari.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan purata kira-kira 16 kematian sehari selama sebulan yang lalu, berbanding purata tujuh hari sebanyak 11.

Jumlah kematian Covid-19 yang direkodkan pada Januari setakat ini ialah 759.

Sebanyak 1,174 kematian Covid-19 dilaporkan pada Disember 2021, 1,612 pada November 2021, 2,704 pada Oktober 2021, dan 9,678 pada September 2021.

Sementara itu, KKM juga melaporkan jumlah jangkitan baharu yang jauh lebih rendah iaitu 1,367 semalam walaupun jumlah kes aktif meningkat 16.6% berbanding minggu sebelumnya.

Minggu lepas terdapat 44,087 kes aktif berbanding 51,397 semalam.

Menurut laman web KKM, CovidNow, pemberian dos penggalak Covid-19 terus stabil dengan 95,670 suntikan diberikan semalam.

Jumlah keseluruhan vaksin Covid-19 kini berjumlah 63.3 juta dengan lebih 25.7 juta vaksin.

Jumlah populasi yang divaksin sepenuhnya kini sebanyak 78.7% dengan peningkatan 36.2%. – 30 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen