KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,522 kes baharu Covid-19, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah kes baharu itu adalah yang tertinggi direkodkan tahun ini, berbanding 5,439 yang dilaporkan semalam.
Ketua pengarah kesihatan menerusi Twitter berkata pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 2.85 juta kes.
Pecahan kes baharu mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam ini, katanya.
Sementara itu, KKM menerusi menerusi laman CovidNow memaklumkan sebanyak 22,921,716 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,199,172 individu atau 99.1% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,785,992 individu atau 88.5% menamatkan vaksinasi mereka, manakala 2,866,545 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – 28 Januari, 2022.
Komen