5,439 kes baharu Covid-19, jumlah kes harian tertinggi tahun ini


Elill Easwaran

Sebanyak 5,439 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu yang merupakan jumlah harian tertinggi sejak awal tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 5,439 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu yang merupakan jumlah harian tertinggi sejak awal tahun ini.

Ini adalah peningkatan daripada 4,744 jangkitan baharu yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Malaysia sebanyak 2,850,408 sejak wabak bermula.

Pecahan kes akan dikemas kini dalam laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) Selepas tengah malam.

Koronavirus juga meragut 12 lagi nyawa semalam menjadikan jumlah kematian keseluruh kini berjumlah 31,930, menurut laman web CovidNow KKM.

Setakat hari ini seramai 203,943 orang dewasa di Malaysia menerima dos penggalak Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak yang diberikan di negara ini sebanyak 11,327,531 atau 48.4% daripada populasi dewasa.

Menurut portal CovidNow KKM, 22,920,175 atau 97.9% daripada populasi dewasa diberi vaksin sepenuhnya manakala 23,197,884 atau 99.1% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Antara kumpulan umur 12 hingga 17 tahun seramai 2,784,682 atau 88.5% sudah mendapatkan vaksinasi manakala 2,865,987 individu atau 91.1% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data menunjukkan 208,042 dos vaksin diberikan semalam, 677 daripadanya adalah dos pertama dan 2,422 dos kedua. Kempena vaksinasi kebangsaan setakat ini mengeluarkan 62,892,195 suntikan. – 27 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen