England tarik semula sekatan Omicron


England hari ini menarik semula sekatan koronavirus yang dikenakan bagi menangani varian Omicron apabila topeng pelitup muka tidak lagi diperlukan di tempat tertutup. – Gambar EPA, 27 Januari, 2022.

ENGLAND hari ini menarik semula sekatan koronavirus yang dikenakan bagi menangani varian Omicron apabila topeng pelitup muka tidak lagi diperlukan di tempat tertutup dan pasport vaksin disimpan.

Bilangan kes positif Covid-19 menurun secara mendadak sejak dua minggu lalu dan walaupun masih pada tahap tinggi, ia meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Kerajaan UK memperkenalkan apa yang dipanggil sekatan “Pelan B” pada 8 Disember selepas Perdana Menteri Boris Johnson memberi amaran tentang “gelombang pasang surut” Omicron.

Topeng muka diperlukan di semua ruang tertutup dan dokumentasi vaksin diperlukan untuk memasuki kelab malam, padang bola dan acara berskala besar.

England sebelum ini menarik semula sekatan pada 19 Julai yang dipanggil “Hari Kebebasan” tetapi kemudian memperkenalkan peraturan baharu apabila gelombag Omicron tiba.

Menteri Kesihatan Sajid Javid memuji program suntikan dos penggalak negara kerana membolehkan sekatan ditarik semula.

“Vaksin, ujian dan antivirus kami memastikan kami mempunyai pertahanan terkuat di Eropah dan membolehkan kami kembali ke Pelan A dengan berhati-hati, memulihkan lebih banyak kebebasan kepada negara in,” katanya.

Mulai Khamis penumpang di rangkaian pengangkutan London masih perlu memakai topeng muka tetapi mereka tidak lagi diwajibkan di bilik darjah sekolah menengah.

Tidak seperti Scotland dan Wales yang menetapkan dasar kesihatan mereka sendiri, England kekal membenarkan kelab malam dan bar dibuka sepanjang tempoh perayaan.

Tetapi perniagaan masih terjejas teruk apabila kebanyakan penduduk masih tidak keluar dari rumah. – AFP, 27 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen