4,744 kes baharu Covid-19, tertinggi sejak 1 Januari


Sebanyak 4,744 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu yang merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi sejak awal tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 4,744 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu yang merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi sejak awal tahun.

Ini adalah peningkatan daripada 4,066 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 2,844,969 jangkitan sejak wabak bermula.

Pecahan kes akan dikemas kini dalam laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam.

Sementara itu lebih 11 juta atau 47.5% orang dewasa di Malaysia sudah menerima suntikan dos penggalak Covid-19.

Laman web CovidNow menunjukkan 22.9 juta atau 97.9% populasi dewasa sudah mendapat dua suntikan dos dan 23.2% atau 99.1% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu seramai 2.78 juta atau 88.4% mereka berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dua dos vaksin dan 2.86 juta atau 91% sudah menerima satu dos.

Lebih 210,000 suntikan vaksin dikeluarkan semalam di mana 208,377 adalah dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan suntikan yang diberikan di bawah kempen imunisasi kebangsaan adalah sebanyak 62.68 juta. – 26 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen