KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 16 lagi kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk 3 kes berlaku di luar hospital (brought in dead).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,918 kes, menurut KKM.
Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

KKM semalam melaporkan 4,066 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes aktif kini mencecah 45,699.
Daripada jumlah kes aktif itu, 84.3% atau 38,545 individu menjalani kuarantin di rumah, manakala 4,188 orang di pusat kuarantin.
Seramai 2,835 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 66 kes di unit rawatan rapi. Seramai 65 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 26 Januari, 2022.
Komen