Kereta api kargo China-Eropah selesaikan isu penghantaran waktu puncak 


SEBUAH kereta api kargo dengan 45 gerabak berlepas dari Stesen Hai’an, wilayah Jiangsu, menuju ke Hanoi, Vietnam pada Rabu lalu.

Ia merupakan kereta api kargo China-Eropah pertama yang berlepas dari delta sungai Yangtze China ke Asean menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Kereta api itu membawa muatan termasuk barangan pejabat, produk tekstil dan gentian kimia, kemudahan perlindungan alam sekitar, serta produk jentera. 

Sebanyak 60 peratus daripada kontena tersebut merupakan hasil keluaran Hai’an, Jiangsu dan kawasan sekitar bandar Nantong.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah itu amat membantu dalam menyelesaikan masalah pengangkutan bagi pihak perusahaan.

Seorang wakil sebuah perusahaan terlibat, Wang Juping berkata bahawa lebih RMB 20,000(RM13,207) kos diperlukan bagi menghantar sebuah kontena menggunakan pengangkutan laut, manakala kos pengangkutan boleh dijimatkan sebanyak RMB 5,000 (RM3,302)  hingga RMB 6,000(RM3,962) setiap kontena dengan menggunakan perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah.

Untuk rekod, sejak kereta api kargo China-Eropah dari Sungai Yangtze ke Asean beroperasi pada Oktober tahun lalu, sebanyak 33 kali perjalanan melibatkan 1,300 gerabak telah berjaya tiba ke destinasi. – Bernama, 24 Januari, 2022.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen