MALAYSIA mencatatkan 804 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 semalam yang mana ia merupakan hari ke-18 berturut-turut kemasukan akibat virus itu di bawah 1,000 kes.
Laman web CovidNow menunjukkan kadar penggunaan hospital sebanyak 64% meningkat daripada 63.8% sehari sebelumnya manakala kadar penggunaan katil untuk kes koronavirus juga meningkat dari 26.5% kepada 27.9%.
Penggunaan pengudaraan berada pada 35.3% manakala penghunian unit rawatan rapi (ICU) pada 52.9% di mana 16.6% adalah disebabkan oleh Covid-19.
Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Penggunaan hospital termasuk penghunian katil dan bilangan pesakit di ICU dan yang menggunakan alat ventilator.
Wilayah Lembah Klang terus mencatatkan bilangan kemasukan terbanyak iaitu 280. Selangor menyumbang 232 daripadanya, Kuala Lumpur (47) dan Putrajaya (1).
Penggunaan katil hospital di Lembah Klang termasuk kes bukan Covid-19 berjumlah 56.7%.
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kemasukan ke hospital ialah Johor (183), Kedah (15), Kelantan (63), Melaka (9), Negeri Sembilan (37), Pahang (20), Perak (35), Perlis (8), Pulau Pinang (5), Sabah (93), Sarawak (47), dan Terengganu (9).
Kedah mempunyai kadar penggunaan katil hospital tertinggi iaitu 80%.
Sementara itu Malaysia semalam mencatatkan 3,856 jangkitan baharu di mana 1,467 daripadanya di Lembah Klang.
Selangor mencatatkan 1,063 kes, Kuala Lumpur (379) dan Putrajaya (25).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (524), Kedah (289), Kelantan (223), Melaka (201), Negeri Sembilan (258), Pahang (264), Perak (159), Perlis (13), Pulau Pinang (206), Sabah (172), Sarawak (14), Terengganu (56) dan Labuan (10).
Jumlah kes aktif bertambah sehingga 45,120 di mana 37,491 dikuarantin di rumah, 4,644 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 2,842 di hospital.
Terdapat 143 pesakit di dalam ICU dan 53 daripada menggunakan alat ventilator. – 24 Januari, 2022.
Komen