RIBUAN penunjuk perasaan berdemonstrasi di Washington semalam menentang apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “kezaliman” mandat vaksin Covid-19 di Amerika Syarikat.
Penceramah demi penceramah termasuk Robert F Kennedy Jr yang membandingkan mandat vaksin dengan Holocaust - mengambil mikrofon di hadapan Memorial Lincoln marmar putih untuk mengecam peraturan.
Seperti sekatan Covid-19 lain yang bertujuan mengekang penyakit yang menjangkiti lebih 70 juta penduduk di Amerika Syarikat, membunuh lebih daripada 865,000 dan menyebabkan banyak kehidupan seharian di seluruh dunia terhenti selama dua tahun, mandat vaksin menjadi isu politik yang diperdebatkan.
Vaksin mRNA yang diberikan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia pada tahun lalu dipuji berpotensi dalam perubatan moden.
“Saya bukan anti-vaksin tetapi saya anti vaksin yang ini,” kata Michelle, ahli terapi fizikal berusia 61 tahun dari Virginia kepada AFP.
Beliau berkata serum RNA yang dibangunkan oleh syarikat seperti Pfizer dan Moderna dalam masa yang singkat adalah “terlalu eksperimen” dan “tergesa-gesa”.
Michelle yang menyertai demonstrasi bersama penunjuk perasaan lain berkata beliau mempunyai pengecualian agama tetapi untuk terus bekerja di Washington dan perlu menjalani ujian setiap minggu.
Apa yang mengecewakannya apabila anaknya yang pada mulanya enggan mengambil vaksin tetapi kini sudah mengambilnya.
“Dia pergi dan mendapatkannya tanpa saya ketahui - begitu banyak tekanan daripada rakan sebaya,” katanya. – AFP, 24 Januari, 2022.
Komen