Seorang maut, 3 cedera dalam kebakaran hospital di Hungary


SEORANG terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam satu kebakaran di salah sebuah hospital terbesar Hungary di Budapest semalam, menurut perkhidmatan kecemasan Hungary.

Kebakaran bermula di tingkat bawah di Hospital Szent Imre sekitar 7.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap polis Angelika Molnar kepada agensi berita Hungary MTI.

Punca kebakaran yang merebak ke bilik bersebelahan sedang dalam siasatan, katanya.

Kakitangan memindahkan 56 pesakit di wad berdekatan tetapi anggota bomba yang memadamkan kebakaran kemudian menemui mangsa seorang wanita, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Mate Kisdi kepada MTI.

Tiga orang dibawa ke hospital lain untuk dirawat kerana disyaki terhidup bau asap, kata Jurucakap Perkhidmatan Ambulans Negara Pal Gyorfi kepada MTI.

Kebakaran yang lebih kecil November lalu di kemudahan yang sama, salah satu hospital utama di ibu negara Hungary berjaya dipadamkan tanpa sebarang kematian atau kecederaan. – AFP, 24 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen