Puluhan ribu bantah peraturan Covid-19 di Belgium


Kira-kira 50,000 penunjuk perasaan berarak melalui ibu kota Belgium yang terbesar dalam beberapa protes di bandar itu sejak beberapa bulan lalu. – Gambar EPA, 24 Januari, 2022.

POLIS melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata semalam ke arah ribuan penunjuk perasaan yang berarak melalui Brussels menentang peraturan Covid-19.

Pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 50,000 penunjuk perasaan berarak melalui ibu kota Belgium yang terbesar dalam beberapa protes di bandar itu sejak beberapa bulan lalu.

Pertempuran berlaku berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah apabila polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menghalang ratusan penunjuk perasaan yang membaling batu dan mercun.
 
Ketua dasar luar EU Josep Borrell mengecam “kemusnahan dan keganasan yang tidak masuk akal” selepas penyerang bertopeng memecahkan pintu masuk kaca di pejabat perkhidmatan diplomatik blok itu.

Pegawai kemudiannya terpaksa mencari perlindungan di stesen metro kerana mereka dibaling dengan penghadang logam.

Police berkata kira-kira 70 orang ditahan termasuk puluhan atas kesalahan yang lebih serius termasuk melontar peluru dan merosakkan harta benda.

Tiga pegawai dan 12 penunjuk perasaan dimasukkan ke hospital tetapi tiada seorang pun berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.

Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo dalam satu kenyataan berkata kebebasan bersuara adalah salah satu asas masyarakat dan semua orang bebas untuk menyatakan pendapat mereka.

“Tetapi masyarakat kita tidak akan sekali-kali menerima keganasan sewenang-wenangnya. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi semalam akan didakwa,” katanya.

Bantahan itu dibuat ketika gelombang Omicron menyebabkan jangkitan mencapai rekod tertinggi di seluruh Eropah.

Penunjuk perasaan membawa papan tanda yang mengecam Dr Croo dan pas Covid Safe yang diperlukan untuk memasuki banyak tempat.

Belgium menyaksikan jangkitan harian meningkat kepada lebih 60,000 pada minggu lalu dalam apa yang pihak berkuasa menggelarnya sebagai “tsunami”.

Tetapi varian yang lebih ringan dan kadar vaksinasi yang tinggi termasuk mereka yang mendapat suntikan dos penggalak bermakna sistem kesihatan tidak mengalami tekanan yang sama seperti semasa gelombang sebelumnya.

De Croo pada Jumaat mengumumkan restoran dan bar boleh melanjutkan waktu operasi mereka walaupun kelab malam masih ditutup.

Negara jiran Perancis berkata mereka akan menarik semula sekatan Covid-19 secara beransur-ansur mulai 2 Februari selepas pihak berkuasa berkata terdapat tanda gelombang jangkitan akibat varian Omicron semakin berkurangan. – AFP, 24 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen