45.1% individu dewasa terima dos penggalak setakat semalam


Seramai 22,915,270 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa negara lengkap vaksinasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2022.

SERAMAI 10,561,588 individu atau 45.1% daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, daripada jumlah itu sebanyak 153,210 dos penggalak diberikan semalam.

Dalam pada itu, seramai 22,915,270 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa negara lengkap vaksinasi manakala 23,192,788 individu atau 99.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,779,919 individu atau 88.3% daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,863,961 individu atau 91% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 154,906 dos vaksin telah diberikan semalam, yang turut melibatkan 1,019 dos pertama dan 677 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,109,995 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 14 kes kematian direkodkan semalam dengan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Melaka merekodkan satu kematian. – Bernama, 23 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen