KKM lapor kemasukan 923 kes baharu Covid-19 ke hospital


MALAYSIA merekodkan 923 kemasukan baharu ke hospital koronavirus semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia menyaksikan penurunan daripada 1,000 kemasukan ke hospital selama 17 hari berturut-turut bermula pada 6 Januari, apabila 920 orang dimasukkan kerana virus itu.

Portal CovidNow menunjukkan kadar penggunaan hospital menurun kepada 63.8% daripada 65.4%, manakala kadar penggunaan katil untuk kes Covid-19 meningkat daripada 26% kepada 26.5%.

Kadar penggunaan ventilator berada pada 34.2%, manakala kadar penghunian unit rawatan rapi (ICU) berada pada 51.8%, dengan 16.2% melibatkan kes koronavirus.


Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Ia termasuk penggunaan katil dan bilangan pesakit di ICU dan ventilator.

Lembah Klang terus merekodkan jumlah kemasukan tertinggi dengan 345, dengan Selangor melaporkan 270, Kuala Lumpur (70) dan Putrajaya (5).

Penggunaan katil hospital termasuk kes bukan Covid, berjumlah 59.5%.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (191), Sabah (102), Sarawak (62), Negeri Sembilan (55), Kelantan (53), Perak (26), Kedah (25), Pahang (24), Perlis (12), Melaka (12), Pulau Pinang (9) dan Terengganu (7).

Kedah merekodkan penggunaan katil hospital tertinggi iaitu 74.2%.

Malaysia juga mencatatkan 4,116 kes baharu Covid-19 semalam.

Daripada jangkitan baharu itu, Lembah Klang melaporkan 1,487 kes, dengan Selangor sebanyak 1,145, Kuala Lumpur (314) dan Putrajaya (28).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (568), Kelantan (430), Kedah (342), Pulau Pinang (249), Negeri Sembilan (244), Sabah (218), Pahang (190), Melaka (168), Perak (136), Terengganu (48), Perlis (17), Sarawak (14) dan Labuan (5).

Daripada 44,088 kes aktif, 37,167 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,890 berada di pusat kuarantin dan 2,890 di hospital.

Seramai 141 pesakit berada di ICU dengan 62 daripadanya menggunakan ventilator. – 23 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen