PENGEMBARA yang lengkap sepenuhnya vaksin dan menerima suntikan penggalak Covid-19 akan dipendekkan tempoh kuarantin mereka kepada lima hari selepas tiba di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.
“Pelancong yang telah menerima dos penggalak akan dipendekkan tempoh kuarantin mereka kepada lima hari.
“Ujian RT-PCR yang mereka jalani mestilah negatif dua hari sebelum berlepas, mesti melakukan ujian RT-PCR semasa ketibaan, dan sama ada ujian RT-PCR lain pada hari keempat atau ujian RT-Antigen yang diselia pada hari kelima,” Khairy berkata pada sidang media hari ini.
Beliau berkata tempoh kuarantin bagi mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya tetapi belum mendapatkan suntikan dos penggalak kekal tujuh hari dan 10 hari bagi mereka yang belum melengkapkan vaksinasi atau tidak divaksinasi.
Sebelum ini, tempoh kuarantin bagi mereka yang menerima dos penggalak adalah tujuh hari, sama bagi mereka yang hanya diberi vaksin sepenuhnya.
Khairy berkata, keputusan mengurangkan tempoh kuarantin bagi mereka yang menerima suntikan dos penggalak adalah berdasarkan data, sains dan pengalaman negara lain menguruskan ketibaan pelancong dari luar negara. – 20 Januari, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen