Ibu bapa bawa anak suntik vaksin perlu diberi cuti, kata menteri


Ravin Palanisamy

Ibu bapa yang membawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bermulan bulan depan perlu dibenarkan bercuti tanpa rekod, kata menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2022.

IBU bapa yang membawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bermulan bulan depan perlu dibenarkan bercuti tanpa rekod, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin meminta majikan memberikan cuti tanpa rekod kepada ibu bapa yang membawa anak mereka mendapatkan suntikan vaksin dan bagi membolehkan mereka memantau tahap kesihatan anak selepas imunisasi,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Khairy mengumumkan imunisasi untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan bermula pada 3 Februari.

Kanak-kanak dalam kategori umur ini akan menerima dos paediatrik vaksin Pfizer-BioNTech yang terbukti selamat dan berkesan.

Khairy berkata kementerian akan cuba untuk memberikan suntikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 70% kanak-kanak bagi kategori umur ini menjelang April.

Beliau menjangkakan 80% kanak-kanak kumpulan ini akan menerima suntikan lengkap vaksin pada Ogos.

“Kementerian Kesihatan sasarkan 70% kanak-kanak kumpulan umur lima hingga bawah 12 tahun diberikan satu dos vaksin Pfizer dalam tempoh dua bulan selepas program ini dilancarkan pada awal Februari dan 80% akan menerima dos lengkap dalam enam bulan selepas pelaksanaannya,” katanya. – 20 Januari, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen