Thailand sambung semula perjalanan tanpa kuarantin 1 Februari 


Thailand melancarkan skim test and go pada November sebagai alternatif kepada kuarantin hotel selama dua minggu.– Gambar EPA, 20 Januari, 2022.

THAILAND akan menyambung semula skim perjalanan bebas kuarantin mulai 1 Februari selepas program itu digantung kerana varian Omicron Covid-19. 

Sekatan perjalanan akibat pandemik menjejaskan ekonomi kerajaan yang didominasi pelancongan, menyebabkan bilangan pengunjung semakin berkurangan.

Pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya kini boleh masuk di bawah skim “test and go” selagi mereka menjalani ujian Covid pada hari pertama dan kelima selepas tiba, kata jurucakap pasukan petugas Covid-19 Taweesin Visanuyothin kepada pemberita.

Pengembara perlu menjalani kuarantin di hotel sementara menunggu keputusan ujian mereka dan akan dikehendaki memuat turun aplikasi penjejakan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan.

Thailand melancarkan skim itu pada November sebagai alternatif kepada kuarantin hotel selama dua minggu.

Program itu ditangguhkan lewat bulan lalu berikutan kebimbangan mengenai Omicron.

Namun kerana angka kematian dan kemasukan ke hospital tidak meningkat, Taweesin berkata ia boleh disambung semula, walaupun pihak berkuasa akan memastikan ia dipantau.

“Sekiranya terdapat lebih banyak jangkitan atau keadaan berubah, akan ada penilaian semula untuk pelancong masuk dan sesuaikan dengan skim sandbox,” kata Taweesin.

Di bawah program sandbox yang dilancarkan tahun lepas sebagai langkah pertama ke arah menyambung semula pelancongan, pelawat yang divaksin sepenuhnya menjalanai kuarantin 7 hari di lokasi tertentu yang ditetapkan, seperti pulau peranginan Phuket, sebelum dibenarkan melakukan perjalanan ke seluruh Thailand. – AFP, 20 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen