Lebih 60,000 kes baharu Covid-19 di Mexico


Mexico sedang menghadapi gelombang keempat pandemik Covid-19 susulan kemunculan varian Omicron. – Gambar AFP, 20 Januari, 2022.

MEXICO merekodkan lebih 60,000 kes baharu Covid-19 pada Rabu, ketika negara itu menghadapi gelombang keempat pandemik susulan kemunculan varian Omicron.

Sebanyak 60,552 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah hampir 4.5 juta, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Sementara itu 302,112 kematian akibat Covid-19 juga dilaporkan. Angka harian kematian Covid-19 di Mexico bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding semasa gelombang ketiga.

Jumlah sebenar jangkitan di Mexico dipercayai lebih tinggi daripada angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan ekoran kadar ujian saringan di negara dengan 126 juta penduduk itu rendah. – AFP, 20 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen