Bayi 3 minggu maut akibat Covid-19 di Qatar


Sabtu lalu seorang bayi berusia tiga bulan di Qatar meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Januari, 2022.

SEORANG bayi berusia tiga bulan di Qatar meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, menurut pihak berkuasa negara itu semalam.

Kes kematian Covid-19 membabitkan kanak-kanak jarang berlaku di negara Teluk, kata Kementerian Kesihatan Awam Emirat dalam satu kenyataan.

Kementerian itu menambah, bayi tersebut tidak mempunyai penyakit lain atau penyakit keturunan.

“Bayi tersebut adalah kanak-kanak kedua yang meninggal dunia di negara ini sejak pandemik bermula,” tambahnya.

Kematian kanak-kanak akibat jangkitan Covid-19 jarang berlaku, tetapi pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara merekodkan peningkatan kes melibatkan golongan itu sejak varian Omicron menular di seluruh dunia.

Qatar yang mempunyai 2.6 juta penduduk merekodkan hampir 300,000 kes Covid-19 dengan sekitar 600 kematian setakat ini.

Kes baharu di negara itu meningkat sejak beberapa minggu lalu. 

Hujung Disember lalu Qatar menggantung cuti semua kakitangan perubatan dan pentadbiran yang berurusan dengan kes Covid-19. – AFP, 17 Januari, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen