Letusan gunung berapi Tonga sebabkan 2 lemas di Peru


Letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai pada Sabtu lalu begitu kuat sehingga mencetuskan tsunami di pesisir pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 17 Januari, 2022.

DUA wanita lemas lemas di utara Peru akibat ombak luar biasa susulan letusan gunung berapi di Tonga yang terletak lebih 10,000km dari negara itu, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

Kedua-dua mangsa lemas pada Sabtu di Lambayeque.

Sabtu lalu Peru menutup sementara 22 pelabuhannya selepas amaran ombak luar biasa dikeluarkan.

Agensi pegurusan bencana ngara itu berkata ombak luar biasa terjadi akibat letusan gunung berapi di utara Nuku’alofa, Tonga.

Letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai pada Sabtu lalu begitu kuat sehingga mencetuskan tsunami di pesisir pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat. – AFP, 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen