VAKSIN Covid-19 buatan Malaysia juga memberi tumpuan kepada varian membimbangkan (VOC) Omicron, lapor The Star Online.
Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Tahir Aris dipetik laporan itu berkata ujian ke atas dua vaksin yang sedang dibangunkan pakar tempatan turut meliputi VOC lain susulan sifat virus Covid-19 yang mudah bermutasi.
“Kita juga akan kaji kemungkinan munculnya varian baharu pada masa akan datang,” katanya, menambah kajian akan selesai dalam tempoh setahun.
Dr Tahir berkata, selepas itu penyelidik akan menjalankan ujian klinikal ke atas manusia pada separuh kedua 2023.
Penyelidikan bagi membangunkan vaksin Covid-19 itu membabitkan kerjasama antara IMR, Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan Veterinar.
IMR sementara itu juga sedang membangunkan vaksin menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA. – 16 Januari, 2022.
Komen