NEGARA hari ini melaporkan penurunan kes Covid-19 dengan 3,346 jangkitan baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam Malaysia mencatatkan 3,684 kes koronavirus.
Dengan angka baharu ini, Malaysia kini menanggung beban jangkitan sebanyak 2.8 juta sejak pandemik melanda.
Pecahan kes akan dikemas kini dalam laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam.
Sementara itu, kira-kira 97.8 peratus populasi dewasa atau 22.8 juta orang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka setakat semalam.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, 90.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 88.1 peratus atau 2.77 juta telah lengkap divaksin. – 14 Januari, 2022.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen