MALAYSIA merekodkan penurunan kes kematian baharu Covid-19 daripada 15 kepada 12 kes semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Tiada kes kematian luar hospital direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 31,750.
Kes kematian luar hospital kekal 6,407 kes.
Angka kematian harian ialah jumlah yang dilaporkan pada hari itu ditambah kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan Covid-19 selepas siasatan.
Data GitHub Kementerian Kesihatan menunjukkan Sabah merekodkan kes kematian tertinggi iaitu tiga kes.
Ini diikuti Johor, Pahang dan Kelantan masing-masing dua kes, manakala Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur melaporkan satu kes.
Tiada kes kematian direkodkan di negeri lain dan wilayah persekutuan.
Sejak tengah malam, terdapat 40,276 kes aktif, termasuk 198 di unit rawatan rapi (ICU), 93 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
3,292 kes pulih turut direkodkan. – 14 Januari, 2022.

Komen