MALAYSIA merekodkan 2,641 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara telah melaporkan kurang daripada empat ribu kes sejak beberapa minggu lalu.
Dr Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 2,788,860.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Dr Noor Hisham berkata kadar jangkitan di seluruh negara ialah 0.98 setakat semalam, yang mana nilai lebih daripada 1.0 bermakna jangkitan itu merebak. – 10 Januari, 2022.
Komen