CHINA melaporkan lebih banyak kes Covid-19 varian Omicron yang sangat mudah berjangkit pada hari Isnin, dengan pihak berkuasa meningkatkan langkah berjaga-jaga di bandar-bandar utama hanya beberapa minggu menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Kemunculan varian berkenaan merupakan satu lagi ujian bagi strategi sifar Covid China, dengan pihak berkuasa sudah pun memerangi beberapa wabak—termasuk di Xi’an yang mana 13 juta penduduknya berada dalam minggu ketiga mereka perintah berkurung.
Kebimbangan bertambah apabila kluster jangkitan dikesan di bandar utara Tianjin, yang dikaitkan dengan dua kes Omicron yang dilaporkan pada Isnin di bandar Anyang yang terletak kira-kira 400 kilometer.
“Orang ramai tidak seharusnya meninggalkan Tianjin melainkan perlu berbuat demikian,” kata pegawai bandar itu dalam satu kenyataan Ahad.
Mereka yang perlu keluar mesti mendapatkan kebenaran rasmi dan ujian negatif untuk virus itu dalam tempoh 48 jam mereka berlepas, tambahnya.
Sekolah dan kampus universiti telah ditutup, dan kereta api ke Beijing dari Tianjin dibatalkan.
Pusat pemeriksaan jalan telah disediakan untuk kenderaan yang memasuki ibu kota.
Tianjin yang terletak hanya 150 kilometer dari Beijing, telah pun mengarahkan ujian saringan ke atas kesemua 14 juta penduduk. – AFP, 10 Januari, 2022.
Komen