KKM lapor 23 kematian Covid-19


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,678 kes, menurut KKM.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 23 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk empat kes berlaku di luar hospital (brought in dead).

Kesemua kes kematian yang dilaporkan adalah kes tertunggak, berdasarkan data dikeluarkan GitHub

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,678 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Terengganu catat angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Kedah (4), Kelantan (3), Perak (2), serta masing-masing satu kes di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Kadar purata kematian Covid-19 negara adalah 0.7%. – 10 Januari, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen