PM Israel jangka sehingga 4 juta kes dalam gelombang baharu Covid-19


Perdana Menteri Israel Naftali Bennett memberi jaminan akan mengelakkan perintah berkurung. – Gambar EPA, 10 Januari, 2022.

PERDANA Menteri Naftali Bennett semalam menjangkakan hampir 40% penduduk Israel berisiko dijangkiti virus Covid-19 dalam gelombang baharu pandemik.

“Data yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet menunjukkan antara dua hingga empat juta penduduk Israel akan dijangkiti dalam gelombang baharu jangkitan Covid-19,” kata Bennet menerusi catatan di Twitter.

Jangkitan dalam kalangan 9.4 juta penduduk Israel meningkat hampir empat kali ganda sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kementerian Kesihatan melaporkan 17,518 kes baharu pada Sabtu.

Masalah kekurangan tempat untuk menjalankan ujian saringan menyebabkan kerajaan Bennet menyemak semula  dasar ujian. 

Setakat Jumaat lalu, ujian PCR dilakukan hanya bagi individu yang berisiko dan berusia 60 tahun ke atas. Penduduk lain pula dikehendaki mengambil ujian antigen. Bagaimanapun, farmasi di Israel menghadapi masalah kekurangan bekalan kit ujian antigen.

Bennet memberi jaminan beliau seboleh mungkin akan mengelakkan perintah berkurung, yang menurutnya terbukti cara berkesan bagi membendung penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.

Perintah bekurung juga akan menjejaskan pemulihan ekonomi, katanya.

“Matlamat kerajaan masih sama - untuk memastikan ekonomi terus berfungsi sebaik mungkin dan melindungi mereka yang paling berisiko,” katanya. – AFP, 10 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen