2,888 kes baharu Covid-19, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Penjarakan sosial antara perkara yang penting dalam mengekang penularan wabak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2022.

MALAYSIA mencatat 2,888 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Negara ini melaporkan kurang daripada 4,000 kes sejak beberapa minggu lalu.

Dr Noor Hisham berkata, kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 2,786,219 juta.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Noor Hisham berkata, kadar jangkitan di seluruh negara adalah 0.97 setakat semalam, yang mana nilai lebih daripada 1.0 bermakna jangkitan itu merebak. – 9 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen