KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 11 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk dua kes berlaku di luar hospital (brought in dead).
Angka kematian semalam terendah direkodkan sejak April 2021. Kesemua kes kematian yang dilaporkan adalah kes tertunggak, berdasarkan data dikeluarkan GitHub
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 31,655 kes, menurut KKM.
Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.
Berdasarkan data dikeluarkan GitHub juga, Selangor catat angka kematian tertinggi iaitu enam kes kes, manakala masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan di Pahang, Perlis, Penang, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan, Johor Kedah dan Melaka.
Kadar kematian Covid-19 negara adalah 0.7%. – 9 Januari, 2022.
Komen