Dr Mahathir masuk IJN lagi


Ragananthini Vethasalam

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN bagi pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2022.

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani prosedur rawatan pilihan, menurut hospital pakar itu.

“Susulan prosedur operasi standard (SOP), tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir,” kata IJN dalam kenyataan.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir, 97, dimasukkan ke IJN bagi pemeriksaan perubatan penuh dan pemerhatian lanjut.

Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 untuk rawatan jangkitan di dada.

Beliau dimasukkan sekali lagi ke hospital pakar itu kerana jangkitan di dada pada November 2013.

Dr Mahathir mengalami dua serangan jantung pada 2006, dan setahun kemudian menjalani pembedahan empat pintasan.

Kesemua rawatan jantung dan jangkitan di dada beliau dirawat di IJN. – 7 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen