SELEPAS hilang pengundi bukan Melayu apabila berpisah dengan parti pembangkang yang lain, PAS yakin kemenangannya terletak pada pengundi muda.
Hala tuju parti terhadap golongan belia adalah sesuatu yang berasas apabila tinjauan yang dilakukan di Johor tahun lepas menunjukkan orang Melayu menjadi lebih konservatif dalam pandangan mereka.
Kaji selidik itu, yang dikeluarkan pada 10 November, berkata lebih ramai orang Melayu cenderung memilih orang Islam untuk pemimpin mereka dan menyokong hudud.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga berjanji hanya orang Islam akan menduduki kerusi membuat keputusan dalam kabinet PAS.
“Kita perlu mengadakan perhimpunan dan mendapatkan pengundi golongan muda untuk menyertai kita jika mahu menawan Perak,” kata Pesuruhjaya Negeri Perak Razman Zakaria di “Himpunan Perak Istiqamah Himmah 12k”.
Beliau membuat komen itu semasa “Bual Bicara dengan Golongan Belia” pada program untuk guru tadika dan sekolah rendah semalam.
Pada sebelah malamnya Razman menggesa akar umbi untuk merayu kepada pengundi muda dengan menggunakan media sosial.
“Untuk sampai kepada pengundi ini, gunakan Facebook, Whatsapp, Twitter dan anda akan menjadi tentera yang boleh mengalahkan semua serangan terhadap PAS,” kata Razman.
Bendahari cawangan Teluk Intan, Azlan Hussin bersetuju dengan cadangan itu dan yakin meramalkan prestasi PAS akan lebih baik berbanding 2013.
Pada 2013, PAS bertanding 22 kerusi di Perak dan memenangi lima kerusi iaitu Titi Serong, Gunong Semanggol, Selinsing, Changkat Jering dan Sungai Rapat.
Salah satu kerusi, bekas menteri besar Perak, Nizar Jamaluddin meninggalkan PAS untuk menyertai parti serpihan PAS, Amanah.
“PAS akan melakukan lebih baik kerana akan ada tsunami Melayu kepada parti kerana pengundi muda tidak suka kepada Perdana Menteri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad,” kata penjawat awam berusia 50 tahun itu.
“Pengundi muda ini yang berada di belakang kempen #UndiRosak dan kami berharap kepada mereka,” kata Azlan, yang menjadi ahli PAS sejak 20 tahun lalu.
“PAS akan menarik mereka yang mahukan cara hidup yang lebih Islamik.”
Tiada parti selain PAS
Tiga ahli muda PAS mengulangi sentimen beliau.
“Berbanding parti lain, hanya PAS berjuang untuk Islam sepenuh hati,” kata Yasser Abdul Ghani dari Pasir Salak.

Mekanik berusia 30 tahun itu berkata tidak seperti parti lain, PAS lebih telus.
“Saya percaya PAS boleh menarik pengundi muda seperti saya yang mahukan kerajaan Islam,” kata Yasser yang bapanya juga seorang ahli PAS.
“Jika saya diminta untuk memilih semula hari ini, saya masih akan memilih PAS sebagai parti saya.”
Rakannya, Megat Sufi Megat Nordin berkata PAS menarik bagi mereka yang mahukan cara hidup yang lebih Islamik.
“Ia bergantung kepada gaya hidup seseorang. Jika dia jenis suka minum atau berjudi dia tidak akan menyertai PAS. Tetapi jika dia lebih beragama, dia akan memilih parti ini,” katanya berusia 40 tahun itu.
“PAS akan merayu kepada mereka yang tinggal di kawasan yang kurang aktiviti atau hiburan malam,” kata bekas anggota Umno yang menyertai parti Islam itu pada 1998, selepas Anwar Ibrahim dituduh meliwat.
Bagi Megat Sufi, tiada satu pun daripada empat parti majoriti Melayu - Umno, Amanah, Bersatu dan PKR - menjadi pilihan yang baik.
“Tidak seperti parti lain, tiada isu rasuah di negeri yang dikuasai PAS seperti Kedah dan Kelantan. Terdapat masalah dengan pemimpin Selangor dan Pulau Pinang tetapi bukan PAS. Pemimpin kami bersih.”
Nasrul Adil, adalah sukarelawan lalu lintas di acara itu, berkata PAS lebih menarik kepada pengundi muda sekarang kerana ia menerima pendekatan “berdamai dan matang” terhadap politik.
Guru tahfiz berusia 21 tahun yang menyertai PAS ketika berusia 18 tahun, berkata golongan muda sepertinya juga akan memilih parti itu kerana percaya kepada Islam.
“Jika PAS tidak wujud, saya tidak akan menyertai atau mengundi mana-mana parti lain.” – 4 Februari, 2018.
Komen